AHLAN WA SAHLAN | SELAMAT DATANG KE ANDALUSIA TRAVEL CAWANGAN KUALA LIPIS










ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. (ATTSB)
Cawangan Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur

Merupakan cawangan ke-49 ATTSB.
Mula beroperasi pada 07 MAC 2024 Miladi
bersamaan 26 Sya'aban 1445 Hijriah.

Terletak di Bandar Kuala Lipis di alamat:
No. 66, Tingkat 1, Jalan PPBR 4/4
Pusat Perniagaan Bukit Residen
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur
MALAYSIA

Terletak hanya...
+- 7 meter dari MR. DIY | Caw. Bkt.Residen (Bersebelahan)
+- 20 meter dari Secret Recipe | Cawangan Kuala Lipis
+- 80 meter dari SMO Bookstores Kuala Lipis
+- 90 meter dari Dataran K.Lipis | Padang Orang Kaya Haji
+- 250 meter dari Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Lipis
+- 300 meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis (IPD LIPIS)

🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫🛫

ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. (ATTSB)
Kini menjangkau usia 22 Tahun!

Pada tahun 2003, ATTSB mula diusahakan oleh...

✅ Dato' Ustaz Haji Md Daud Che' Ngah
      ✔ Pengerusi Eksekutif
✅ Puan Hajah Ida Riswana Binti Idris
      ✔ Pengarah & Penasihat Undang-undang
✅ Tuan Haji Ibrahim Bin Mat Sin 
      ✔ Pengarah Urusan

...dan beberapa tenaga kerja yang merupakan Sahabat & Kerabat para pengarah. 

Bermula dengan menawarkan khidmat sebagai Pengelola Jemaah Umrah, seterusnya Ziarah (Tours) dan menongkah arus dengan memperluaskan lagi bidang, meluncur naik setapak lagi sebagai Pengelola Jemaah Haji (dilesenkan Tabung Haji).

Tidak terhenti di situ, ATTSB terus memperluaskan perkhidmatan yang terpahat dalam LESEN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI & BUDAYA.
Perkhidmatan penempahan tiket penerbangan antarabangsa dan domestik serta perkhidmatan percutian pelayaran Islamic Cruise juga diperkenalkan.

Kini, ATTSB terus mengorak langkah menyantuni lebih ramai jemaah Umrah dan Haji, selepas cabaran Covid-19 yang mencatatkan sejarah hitam seluruh dunia, Malaysia dan ramai warganya.

Sejak tahun 2003, Andalusia TTSB telah berjaya mencapai standard antarabangsa dalam perkhidmatan pelancongan yang ditawarkan dah telah meraih banyak anugerah ANTARABANGSA dan di peringkat KEBANGSAAN.

ANDALUSIA TRAVEL sudah menjadi jenama 'household' dan dipercayai ramai. Ianya bukan datang bergolek tetapi dengan perancangan rapi para pengarah dan pihak pengurusan (Board of Management) serta ketua-ketua Unit, Pengurus Cawangan serta pengalaman para Mutawwif dan warga besar Andalusia Travel, meletakkan ATTSB di tempat yang selayaknya, seperti mana pelbagai KEJAYAAN yang dapat dilihat kini.

Kami di ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. Cawangan Kuala Lipis menyahut amanah dan cabaran bersandarkan kepada setiap KELEBIHAN & PENGALAMAN yang ada pada ANDALUSIA TTSB, demi menyantuni Bakal Tetamu Allah dan para pelanggan di sekitar Lipis serta kawasan sekitarnya, malah dengan perkembangan sistem tempahan secara "online", kami sedia untuk  menerima amanah menguruskan tempahan anda, walau beribu batu jaraknya, walau di mana anda berada.

Silalah hubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau untuk tempahan Pakej Umrah, Pakej Haji, Pakej Pelancongan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Tempahan Tiket Penerbangan, Pelayaran (Cruise) Antarabangsa, Tempahan Hotel, Tempahan Taman Tema, Permohonan Visa, Badal Umrah, Insuran Perjalanan (Travel Insuran) dan lainlain perkhidmatan yang ditawarkan.

Silakan...



Comments

Popular posts from this blog

PENGURUSAN RAUDHAH WANITA DI MADINAH

DISKAUN 7.7 AWAL MUHARRAM 1446 HIJRIAH/2024