PELANCARAN PAKEJ HAJI 1446H - ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN.BHD.
Kuala Lumpur: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menawarkan sebanyak empat pakej haji 1446H/2025M bermula serendah RM43,990 sehingga tertinggi RM102,990 bagi mereka yang ingin mengerjakan rukun Islam kelima itu. Empat pakej itu membabitkan Marsa, Malak, Olayan dan Safwah dengan tempoh 40 hingga 45 hari mengerjakan haji. Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, berbanding tahun lalu, pihaknya hanya menawarkan tiga pakej iaitu Malak, Olayan dan Safwah. "Sebelum ini kita ada tiga pakej sahaja iaitu Malak, Olayan dan Safwah, tetapi untuk mereka yang mengerjakan haji tahun hadapan, kita ada empat pakej iaitu dengan penambahan pakej Marsa. "Ini kerana kebetulan kita mendapat hotel yang ditawarkan pada harga kita mampu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pakej Haji Andalusia 1446H/2025M di ibu pejabatnya itu di sini hari ini. Mengulas lanjut, Md Daud berkata, semua pakej yang ditawarkan itu juga tidak mengalami peningkatan harga. "Ta...
Comments
Post a Comment